Quantcast
Channel: teknik forex sebenar – MohdFairiz.com
Viewing all articles
Browse latest Browse all 13

Berapa Modal Permulaan Trade Forex?

$
0
0

Apabila korang mula berminat dengan Forex, tentu dalam kepala korang apa yang difikirkan sebenarnya adalah modal untuk trade forex. Ramai yang tersalah faham, apabila korang ingin memulakan apa-apa jenis pelaburan, tak kira la, Main Saham ke atau Main Forex ke, semuanya memerlukan modal permulaan yang sememangnya diperlukan dan jumlah amaunnya adalah berbeza, tetapi perlu ada nilai minimumnya bagi memastikan korang boleh menentukan peratus keuntungan yang korang ingin dapat. Adakah korang nak dapat keuntungan setiap minggu ataupun mungkin setiap bulan?

Berapa Modal Permulaan Trade Forex

Trade Forex Dengan Betul

Trader Forex yang baik sentiasa memikirkan keuntungan untuk jangka masa panjang. Mereka yang nak kaya cepat ni biasanya tak fikir semua tu, apa yang difikirkan adalah dapat profit dalam masa yang singkat. Umpama berjudi plak rasanya kan? Kalau trader forex yang bagus biasanya sentiasa menganalisis data teknikal pada graf trading. Ini bagi memastikan kita tak tersilap Buy atau Sell pada masa yang salah kerana akibatnya memang sungguh besar. Bagi mereka yang lama dalam trade forex, analisis teknikal merupakan satu keperluan supaya mereka boleh menetapkan berapakah jumlah keuntungan yang ingin mereka dapat. Akibat tak boleh nak kawal nafsu trading, biasanya akan memakan diri sendiri juga.

Jadi Berapa Modal Permulaan Untuk Trade Forex?

Modal-Main-Forex

Mengikut blogger MoshedFx.com yang sudah lama trading forex, modal permulaan yang baik adalah USD1,000 lebih kurang RM3,500.00. Ada sebab-sebab tertentu beliau berpendapat demikian, mungkin boleh baca blog beliau untuk dapatkan maklumat lebih terperinci.

Modal USD1000 tu mungkin terlalu besar bagi sesetengah pihak, tetapi ianya bagi memastikan korang lebih berhati-hati. Cara yang paling baik adalah mulakan dengan Akaun Demo. Setiap pemain forex biasanya akan mulakan dengan Akaun Demo terlebih dahulu sebagai latihan sebelum mereka masuk ke dunia trading forex. Trade forex seakan-akan korang mendapat jumlah duit yang sebenar, jadi korang akan lebih berhati-hati dan menggunakan data-data analisa teknikal yang korang dah belajar sebelum ini di mana-mana Panduan Forex ataupun mana-mana kelas forex yang ada.

Teknik Forex Sebenar Terbaik

Main Saham Dan Forex Sungguh Berbeza

Nampak sama, tapi sebenarnya sangat berbeza. Dalam melabur saham, korang takde akaun demo untuk mencuba, kerana semua urusniaga adalah dalam bentuk real life. Pelaburan Saham melibatkan urusniaga sebenar melibatkan syarikat-syarikat yang ada di Malaysia manakala Forex lebih kepada bentuk pelaburan mata wang yang melibatkan mata wang mata wang tertentu sahaja seperti USD,Yen,Euro,NZL dan banyak lagi.

Tetapi cara menganalisis data teknikal lebih kurang sama dengan Forex.Cuma mungkin Forex lebih mencabar kerana melibatkan masa yang tidak terbatas. Tetapi walaupun masa tiada had, tidak semua peringkat masa pemain forex ni akan melakukan urus niaga. Mereka bijak untuk meletakkan dimana nak Stop dan dimana nak Buy atau Sell supaya keuntungan yang mereka nak capai tu mencapai matlamat.

Teknik Forex Sebenar Terbaik

The post Berapa Modal Permulaan Trade Forex? appeared first on MohdFairiz.com.


Viewing all articles
Browse latest Browse all 13